Wednesday, 6 November 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Mudah-mudahan pembaca semua mendapat maklumat dengan baik serta dilindungi dan diberkati Allah s.w.t.....Ameen...

Sebelum tu,maaf sekiranya coretan saya ini ada pembaca yang terasa hati..saya takde niat nak buat gitu..

Saya ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian tentang pelan-pelan daripada AIA Public Takaful.Takaful ni sebenarnya orang dah tahu.Mungkin ada yang tahu daripada blog-blog, kawan-kawan,suratkhabar dan macam-macam lagi kan.TAKAFUL bukan semata-semata insuran semata.Dengar je takaful,orang atau kita sendiri mesti dah fikir `ni mesti insuran',`ni insuran ke'.Sememangnya takaful menawarkan perlindungan(insurans) tapi menyeluruh  dengan simpanan,perubatan,persaraan,pelaburan
,bantuan dan macam2 lagi tapi berdasarkan SYARIAH ISLAM

Ok lah...

TAKAFUL ni sebenarnya:

Rancangan saling membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan,persaudaraan dan kerjasama.Setiap peserta bersetuju untuk membayar sumbangan berdasarkan Tabarru'(menderma) ke dalam dana(Dana Risiko Peserta) yang digunakan untuk saling membantu di saat diperlukan.maknanya ketika orang lain atau kita sendiri yang memerlukan bantuan.sekarang dah banyak company yang provide pelan-pelan takaful ni.Contohnya:Prudential Bsn Takaful,Great Estern Takaful,AIA Public Takaful,Takaful Ikhlas,Etiqa Takaful.Eh banyak la company yang ber`takaful' ni.
Setiap company takaful ni semua ada advance/kelebihan masing-masing.Semuanya bagus-bagus,Matlamat masing-masing sama je iaitu untuk membantu kita dengan menyediakan keperluan untuk kita.Masing-masing tengah bersaing secara sihat.Cuma kita je yang mesti pandai mencari yang paling terbaik untuk kita,keluarga dan orang yang tersayang.Business mesti la macam ni.

Jadi highlight kat pembaca-pembaca ni ialah:
-Buat pilihan tu kenalah betul.ambil masa takpe(bezakan pelan-pelan supaya tahu mana yang terbaik)
-Mesti ambil tahu pasal takaful ni.(sekarang takaful bukan lagi pilihan tapi dah jadi keperluan kita semua)
-Pilih pelan yang betul2 perlu untuk kita.contoh:medical card,simpanan,perlindungan dan macam-macam lagi.
-Kalau nak insurans,mesti halal(takde sebarang unsur haram seperti riba,maisir dan sebagainya)


Dulu saya kerja kilang..saya mana la mahir pasal insuran ni..dengar satu  pelan best,,ambik.lepas tu ada lagi pelan yang lebih menarik.aduhh..

Senang cerita macam ni..Saya nak kongsikan kat sini ialah pelan daripada AIA Public Takaful.ni bukan cerita pasal saya kerja kat sini ke ape...tak3...untuk pengetahuan pembaca sekalian,saya memang kerja dengan AIA Public Takaful.Yang utama saya nak dedahkan ialah AIA Public Takaful ni memang boleh tolong kita.Company ni banyak belanjakan duit untuk kesusahan kita.bukan semata-mata nak cari untung je.saya boleh kata company nie pentingkan 85% untuk bantu kita dan 15% lebih kurang gitu untuk untung company kan...Dah banyak contoh-contoh kita boleh tengok yang company ni habiskan untuk kita.nak senangkan cerita,kita tengok claim-claim yang berapa banyak diorang dah habiskan untuk pelanggan-pelanggan.Berapa banyak faedah diorang letakkan dalam pelan diorang..semuanya untuk takaful..betul2 konsep takaful(saling membantu antara satu sama lain.search je kat google..contoh paling senang medical card AIA Public takaful..saya terus terang ni ye(pelanggan terlalu untung daripada komisyen ejen/pekerja termasuk diri saya sendiri.....Maaf ye...sebenarnya saya nak bagitahu kat sini ejen-ejen AIA Public Takaful mahupun ejen company takaful lain semuanya niat nak tolong kita termasuk diri saya sendiri.Bukannya semata nak jual produk tu..Sebabnya jual takaful ni mesti ada niat nak tolong orang.

Tugas mereka sebenarnya:
-Tolong kita selesaikan masalah kita.Rundingkan masalah kita dalam kewangan,perlindungan,simpanan dan lain-lain)
-Ceritakan tentang betapa sangat penting pelan takaful untuk kita(biar kita sedar kepentingannya,kita dah ada bukan payung tapi khemah sebelum hujan)
- Perkenalkan kita tentang sesuatu yang elok.Kalau ejen takaful nak share ape2,kita dengar dulu.tak beli diorang tak kisah.rezeki itu milik Allah.Dia akan bagi kat lain pulak.
-Memberikan kita pilihan yang terbaik.kita boleh buat pilihan.diorang takleh paksa kita.
-Mencarikan pelanggan untuk company.
-LASTTTTT SEKALI...barulah mendapatkan komisyen/bonus daripada hasil kerja mereka.Soal rezeki kan milik Allah.

Baiklah...cukuplah tu penerangan tentang takaful ni kan....

Sekarang izinkan saya perkenalkan pelan terbaik daripada AIA Public Takaful.satu-satunya company yang menyediakan pelan terbaik dimana ia dijamin sangat membantu anda dalam kos-kos perubatan dan kemasukan hospital(A-Medik ialah medical card),simpanan persaraan,perlindungan dan pelaburan(A-Mas) dan juga simpanan dan perlindungan(A-Excel).


Dalam ni ada 3 pelan terbaik yang sangat menjamin masa depan kita. 
 

A-Medik-Pelan Kad perubatan(medical card) perlindungan yang terbaik di malaysia 



Ringkasan untuk pelan ni ye:Pelan ini adalah pelan yang menanggung/membayar  kos perbelanjaan kita ketika kita memerlukan bantuan kewangan untuk bayar kos perubatan,kos masuk wad,kos pembedahan,kos rawatan tak masuk wad pun ada,kos pemindahan perubatan di malaysia dan juga luar negara dan macam-macam lagi.Tertakluk kepada kenyataan di dalam sijil takaful.banyak lagi kos2 yang ditanggung oleh AIA Public Takaful..A-Medik ini pernah memenangi anugerah pelan kad perubatan terbaik di sebabnya ia satu-satunya pelan yang menawarkan pelan untuk keluarga di malaysia ni.Maknanya pelan ni je yang cover keluarga bukan seorang je.contohnya sorang bayar tapi AIA cover satu keluarga.siapa taknak kalau macam ni kan.Sangat bagus kan.Ramai dah tahu tentang pelan ini.bukak je blog2 perunding AIA Public Takaful.semuanya dah dedahkan A-medik ni.sebab ini memang pelan yang terbaik dari dulu lagi.nak senangkan cerita..baca brochure kat bawah ni.kene download dulu la....biar kita faham dan tahu menilai. 

 Ni ada brochure A-Medik untuk bacaan...klik,download,ambil masa takpe dan fahamkan dan boleh tanya saya kalau nak faham lebih detail..boleh email,sms, atau call.
brochure untuk A-Medik

 


 A-Excel(Pelan Simpanan dan Perlindungan)


Savings

A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke-20 sijil dengan caruman selama 20 tahun.Pelan ni menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.....ok..Maksudnya pelan ni kita bayar selama sehingga matangnya (dalam AIA kita panggil sijil..kalau company insurans biasa panggil polisi ) takaful kita iaitu selepas 20tahun kita kita dah carumkan(buat simpanan dengan bayaran bulanan,tahunan,2kali setahun dan 4kali setahun selama 20tahun.AIA Public Takaful akan memulangkan simpanan itu..keadaannya macam..Kita simpan biasa je kat mane2 akaun.tapi takde perlindungan apa2.kalau menyimpan dalam akaun A-Excel,AIA akan lindung duit dan sediakan jumlah perlindungan sekali.kalau jadi ape2 kita..wallahualam.AIA akan serahkan jumlah duit perlindungan dan nilai akaun a-excel yang kita dah simpan.duit ni AIA akan bagi kat keluarga kita,generasi kita atau kita sendiri kalau kita hilang upaya ke.contoh A:encik A dah meninggal,duit perlindungan dan simpanan cik A tu keluarganya yang dapat.sekurangnya ada bakti cik A kat keluarga dia bila dah meninggal.kalau cik A ni hilang upaya kekal menyeluruh,dia akan dapat duit tu.keluarganya boleh guna duit tu.dia dh takleh bekerja cari rezeki lagi kan...Kalau cik A panjang umur..duitnya akan dipulangkan balik selepas 20tahun matang.sebab itu kan simpanan dia.Kalau Cik A tiba2 alami penyakit kritikal.dia dah tak perlu carumkan lagi(tak payah bayar duit simpanannya lagi) sebabnya AIA akan bayarkan,maknanya simpanan dia takkan berubah.contoh cik A carumkan Yang paling best:setiap dua tahun AIA ada sediakan endowment plan(pelan zakat).Setiap 2 tahun cik A akan dapat 30%-35% duit faedah kehidupan(bonus penghargaan) daripada tabung simpanan kita.menarik kan..sangat bantu kita dalam membuat simpanan..ok la...baca dulu brochure kt bawah ni..download dulu ye..lepas tu fahamkan...boleh call,email atau sms saya ye.selamat menabung..

ni brochure untuk A-Excel:
Brochure untuk A-Excel


A-Mas(Pelan Perlindungan,Pelaburan dan Simpanan)




Dipendekkan cerita:Pelan untuk kewangan masa depan.tabung untuk keluarga si mati ataupun untuk orang yang dilindungi.A-mas ni merupakan pelan ILT caruman tetap yang menawarkan kombinasi yang terdiri daripada perlindungan takaful dan pelaburan.PASTINYA pelaburan HALAL.Banyak Faedah kita boleh pilih dengan lampirkan bersama pelan takaful berkaitan-pelaburan untuk tambahkan perlindungan kita.senang cerita.pelan perlindungan,simpanan,pelaburan dan lain-lain dicampurkan sekaligus jadi satu pelan.jadilah namanya pelan A-Mas.kita dh tahu takaful ni tugasnya cover saving kita dan kita ataupun orang yang kita nak lindungi kan.jadi takaful plus simpanan pelaburan.jadinya sangat membantu kita buat simpanan disamping kita jana pendapatan melalui pelaburan.Nak faham lagi??.kita melabur,duit melabur jadi duit simpanan kita sedikit demi sedikit tapi pada masa yang sama takaful dah sediakan jumlah perlindungan untuk kita kalau kita jadi apa2.Kita tak mintak kan jadi sakit??tapi kalau nak sakit,ia akan datang jugak.maknanya duit simpanan kita dah bertambah melalui pelaburan.bila kita kena TPD(hilang upaya kekal dan menyeluruh),kematian atau kematangan sijil kita dah dapat duit simpanan dan pelaburan tu.bunyi macam menarik kan.Sebenarnya ia memang sangat menarik dan selamat.Nanti hari tua kita yang tula jadi kwsp kita,simpanan persaraan kita.Malahan boleh jadi lebih banyak daripada kwsp,simpanan persaraan atau pencen anda.kalau kita dah bersara,banyak tu jela duit yang kita dapat rasa.kalau kwsp,banyak tu jugak.sebabnya ia takkan bertambah. melainkan kalau government kita ada nak plus ke..itu pun tak boleh keluarkan sehingga tempoh kita dibenarkan....dalam A-mas boleh keluarkan separa,.kalau nak senang nampak..bukak la google pasal pelaburan ke nilai aset bersih ke ape2 je pasal pelaburan.kita cuba bezakan sendiri.banyak faedah yang kita dapat dalam ni..selamat menyimpan selamat melabur.


saya lampirkan brochure A-Mas kat link bawah ni..download,baca dan boleh sms,call atau email saya.

Brochure untuk A-Mas

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG SAYA.INSYAALLAH SAYA AKAN KONGSIKAN LAGI MAKLUMAT YANG LAIN UNTUK KITA SEMUA.

Hadi Zulyat
Perunding AIA Public Takaful
Tel:0145084721   
Email:takafulaiacare@gmail.com